ISIPADU CECAIR

 

ISIPADU CECAIR

1.0       PENGENALAN

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas.Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai atau unit piawai dalam system metric.Guru boleh membantu murid memperkembangkan konsep yang boleh membantu  murid dengan cara;

v  Mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair

v  Terus membuat perbandingan vevair

v  Tidak langsung membuat perbandingan isipadu cecair melalui rujukan

v  Mengenalpasti benda yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair

v  Mengukur isipadu cecair menggunakan non standard ukuran

v  Memeperkenalkan ukuran standard untuk isipadu cecair.

 

Walaubagaimanapun guru perlu lebih berhati-hati dan tahu mengenai kesilapan konsep pada sesetengah murid yang melihat kandungannya.Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpul seperti botol air mineral,pasu,mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas.

2.0         PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA

Dalam era ledakan maklumat kini,kita dapat lihat pengaplikasian teknologi di dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perniagaan,perbankan,komunikasi dan sebagainya.Antara sedar atau tidak,ia turut memberi impilikasi yang besar di dalam bidang pendidikan kerana teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam usaha membantu Malaysia menjadi sebuah Negara maju.Jika diamati,scenario pendidikan dahulu dan sekarang telah mengambarkan pelbagai perbezaan baik dari segi penyampaian ataupun penerimaan murid.

Oleh yang demikian guru dan juga pelajar seharusnya membuka mata terhadap fenomena ini agar mampu bergerak seiring dengan impian negara. Setelah melayari internet,saya telah mendapati pelbagai bahan bantu mengajar berasaskan penggunaan video.Di bawah ini saya telah menyertakan bebarapa laman web yang boleh dilayari untuk melihat dan menggunakan aplikasi berkenaan isipadu cecair.

  1. http://pbskids.org/cyberchase/games/hardproblems/hardproblems.html

3.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1

1.   Bagaimana mengukur dan  membanding Isipadu Cecair

Menggunakan Unit Bukan Piawai

Objektif :
Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Pengetahuan Sedia ada :
Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek : lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk ‘Whole Numbers’.

Bahan Bantu Belajar:
Bekas yang berlainan saiz

1                    .Gelas besar

2                    Jug

3                    Mangkuk

4                    Botol air mineral berlainan saiz

5                    Satu baldi air

Kosa kata :
lebih, kurang, kosong, separuh, penuh

 

 

Prosedur :

1.         Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif

2.         Meminta seorang murid menjadi pencatat dalam setiap kumpulan.

3.         Berikan setiap kumpulan 5 jenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air dan sebiji gelas kecil sebagai alat pengukur.

4.         Setiap kumpulan akan mencatat bilangan gelas yang berisi air yang diperlukan untuk memenuhi setiap bekas yang diberi pada murid.

*Juga mengajar murid menganggar seperti separuh, penuh dan kosong*

Kesimpulan:
Untuk aktiviti ini murid-murid ditanamkan dalam minda mereka bahawa isipadu cecair boleh diubah berdasarkan bekas yang digunakan. Semakin besar bekas yang digunakan, semakin banyak kuantiti air yang boleh diisi ke dalamnya.

 

 

 

 

 

 

Latihan Untuk Murid Pandai

Anggaran

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3

 

 

 

 

 

 

6.0 BLOG

Ada pembaca bertanya apa kebaikan dan keburukan blog. Blog berbeza dari website atau mana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Ada beribu blog berbahasa Inggeris di luar sana dikemaskini 3-7 kali dalam sehari.

Perkongsikan maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah:

  • Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di

seluruh dunia.

  • Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa.
  • Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog

skin’.

  • Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang

pensyarah, atau guru.

Justeru itu,saya telah membina sebuah blog untuk memperlihatkan hasil tugasan yang diberikan kepada umum.Blog ini beralamat:

http://zubairinazar.wordpress.com

 

PENUTUP

Salah satu cara untuk pelajar memahami konsep, teori dan prinsip dalam mata pelajaran matematik adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bahan bantu mengajar ini bukan hanya dianggap sebagai bahan yang membantu pengajaran guru, malahan juga sebagai bahan penyalur maklumat kepada pelajar.

Selain itu, BBM juga dianggap sebahagian daripada proses P&P kerana membantu dan mempercepatkan proses pemahaman pelajar yang bersifat abstrak melalui bahan konkrit.

Bibliografi

 

Benny F.Tucker et all.(2002).Teaching mathmematics to All Children.Merl and

Prentice Hall

Ibrahim Tahir et all (2003).Mathmematics year 2,Ministry of Education.SNP

Panpac(M) Sdn Bhd

M.Marzuki Mauulud et all (2004).Mathematics year 2.Dewan Bhasa dan Pustaka.

 

http://www.oswego.org/ocsd-web/games/SumSense/sumsub.html.

http://www.scribd.com/doc/12650905/isipadu

 

 

 

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: